Ahad, 2 Oktober 2016

Jenis-jenis Pizza

Jenis-jenis Pizza


BBQ Chicken Pizza












Veggie Lover Pizza
















Pepperoni Pizza











Super Supreme Pizza



Penyediaan Pizza

Penyediaan Pizza


Bahan untuk roti pizza :
  • 3 sendok minyak goreng
  • 3 sendok mentega
  • 4 gram ragiinstan
  • 1 butir telu rayam
  • 200 ml susu cair hangat
  • 250 gm terigu berprotein

Bahan pizza dan sosnya :
  • 2 ulas bawang  bombay,cincang halus
  • 3-4 sosej ,potong menjadi hirisan
  • 2 tomato,potong tipis
  • Daging cincang,ikut sendiri
  • 1 buah paprika,keluarkan isinya dan potong kotak-kotak
  • 2 siung bawang putih
  • 1 butir telur
  • 1 batang daun bawang cincang halus
  • Keju sesuai selera
  • Sos tomato dan sos cabai

Cara membuat pizza :
  1. Campur terigu,mentega aduk sehingga rata,lalu tambahkan minyak dan aduk lagi.
  2. Tambahkan telur dan susu,aduk kembali hingga lembut.
  3. Diamkan adunan selama 15 minit di wadah yang tertutup
  4. Sambil menunggu,tumis bawang putih,bombay,sosej,tomato,telur,paprika hingga masak lalu daun bawang terakhir dan tunggu beberapa saat sebelum diangkat.
  5.  Ambil adunan roti yang sudah didiamkan selama 15 minit,lalu masukkan dan ratakan di atas teflon, sambil ditusuk-tusuk dengan garfu supaya ia mengembang.
  6. Lumuri adunan di Teflon dengan sos tomato hingga rata.Lalu isikan bahan-bahan isi yang sudah ditumis dan lumuri lagi dengan sos tomato.
  7. Tambahkan parutan keju ke atas adunan yang sudah diberi topping tersebut.
  8. Tutup rapat teflon setelah api dinyalakan dan tunggu sekitar 15 minit.
  9. Pizza buatan anda siap dihidangkan.


Khamis, 29 September 2016

Sejarah Pizza

Rencana utama: Sejarah piza
Neapolitan Pizza Margherita
Yunani Purba melitupi roti mereka dengan minyak, herba dan keju.[1] Roman pula mencipta kek plasenta, sekeping doh dihiasi dengan keju dan madu dan berperasa daun bay.
Berdasarkan sejarah, masyarakat di sekitar laut tengah telah menghasilkan roti yang bentuknya seperti bentuk roti pizza. Kemudian, orang Yunani zaman dahulu memakan roti yang dipanggil plankuntos bersama lauk yang diletak pada atasnya. Roti tersebut diadun daripada tepung yang diuli dengan air. Kemudiannya dileperkan dan dibakar di atas batu yang dipanaskan di bawah cahaya matahari. Seterusnya, apabila manusia telah pandai menghasilkan api di dalam tungku. Perkataan pizza juga dianggap sebagai turutan dari perkataan Yunani iaitu picea.

Isnin, 20 Jun 2016

Ramadan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK
Image result for ramadan
Marilah kita sama-sama menyambut ramadan ini dengan penuh rasa keinsafan kerana bulan ini merupakan bulan 

Isnin, 4 April 2016

Pada suatu hari, datangnnya seorang pemuda ke arah budak yg sedang menangis di dalam sebuah kotak.......CERITA INI AKAN DISAMBUNG PADA HARI AKAN DTG...............................................





Budak itu kelihatan cedera parah kerana .........CERITA INI AKAN DISAMBUNG...............................................................................................................................


dia telah dilanggar oleh sebuah motosikal dan dia juga tidak mempunyai ibu bapa lalu kotaklah yang menjadi pilihannya untuk menjadikannya seperti sebuah rumah.Pemuda itu sangat sedih akan budak yang hanya tinggal sehelai sepinggang itu.Dengan perasaan simpati, dia terus ke hospital membawa budak berkenaan.Setibanya di hospital, didapati ...............CERITA INI AKAN DISAMBUNG LAGI

Ahad, 3 April 2016

KOMPUTER
Komputer adalah himpunan pelbagai bahagian yang dipasang bersama.Anda perlulah tahu bahagian-bahagian asas komputer.Terdapat 2jenis komputer utama iaitu komputer meja dan komputer riba.Komputer meja merupakan komputer yang systemnya dipasang berasingan .Komputer riba pula adalah komputer yang dipasang sekali ke dalam tubuhnya.









PERKAKASAN LUAR KOMPUTER
Web Camera


Fungsi: WebCamera digunakan untuk perisian sidang video.Ianya juga boleh  digunakan untuk mengambil gambar.




Monitor


Fungsi: Segala perisian boleh dilihat melalui skrin monitor.

Keyboard


Fungsi: Apa sahaja perisian yang memerlukan abjad,akan ditaip menggunakan keyboard.



Speaker


Fungsi: Untuk mendengar bunyi-bunyian seperti lagu.


Tetikus


Fungsi: Tetikus digunakan untuk menggerakan kursor bagi memilih ,melihat, perisian dan sebagainya.

Casing Komputer
Fungsi: Casing Komputer digunakan untuk menyambung segala peralatan komputer .Ianya dikenali juga sebagai otak komputer kerana apabilaia rosak, komputer tidak boleh digunakan.


Pembesar Suara


Fungsi: Untuk membesar dan memperkuat lagi suara kita apabila bercakap.

Contoh-Contoh Perisian Komputer

1. Google Chrome
2. Google drive
3. Microsoft Office Word
4. Vle Frog
5. Internet Explorer
6. Recycle bin
7. Mozile Firefox
8. Opera
9. Microsoft Power point
10. Microsoft Excel
11. Adobe Reader





Khamis, 31 Mac 2016






JADI AGEN PREPAID PERCUMA..............SEMENTARA STOK MASIH ADA.



wassap : 013 7519727                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                             CEPAT-CEPAT                                                               

Rabu, 30 Mac 2016


SEJARAH NANING








Description: PictureDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrKfYgWmCOZuKS_Akqp-qwv-GT7gV7dXrus-49coFo7CuLeVIW4evfqT0g1fpCQBqmB0hCzkPTJtVz19KNSkyJh8SlW0qQLC68xMxyj5TBOp4cqkXB7U0WPXP4hX_I8qqlltkEuvPr0MM/s1600/Tenaga+kimia+contoh.jpg
 Naning adalah sebuah daerah yang terletak di dalam negeri Melaka. Ia bersempadan dengan Rembau, Negeri Sembilan dan berhampiran dengan Taboh. Di bahagian utaranya, Sungai Buloh dan Melekek di bahagian selatan. Naning masih lagi wujud hingga ke hari ini. Menurut sejarah, Naning pernah dijajah oleh Inggeris di sekitar tahun 1832 dan diperintah oleh Belanda semenjak tahun 1757 sehingga tahun 1824 iaitu setelah termeterainya Perjanjian Inggeris-Belanda.

Naning adalah sebuah mukim atau daerah yang dibuka oleh orang Minangkabau dalam kurun ke 15. Dikisahkan orang-orang Minangkabau yang mudik ke Sungai Linggi telah pergi membuka kawasan Naning , bernikah kahwin dengan penduduk asli di sana dan akhirnya wujudlah sebuah “nagari” yang di namakan Naning. Naning juga adalah antara “nagari” terawal yang menjadi anggota gabungan “Nagari Sembilan” yang  bermuafakat untuk menjemput Raja dari Pagar Ruyong, Sumatera bagi menjadi Raja kepada “Nagari Sembilan”.

Sewaktu zaman Kesultanan Melayu Melaka, Naning adalah kawasan naungan Kerajaan Melaka. Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, Naning bersama nagari-nagari lain telah turut “bertali ke Johor” dan memperakui kedaulatan dan kekuasaan Sultan Johor ke atas Naning. Namun setelah Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 1641, Naning telah berbaik-baik dengan pihak Belanda dan sebagai tanda persahabatan Penghulu Naning telah bersetuju menyerahkan satu persepuluh dari hasil padi dan tanaman di kawasan Naning kepada Belanda di Melaka. Ini dibuat memandangkan kekuasaan Sultan Johor yang kian lemah. Sebagai balasan kepada pemberian Naning ini, Belanda telah mengiktirafkan Naning sebuah negeri yang bebas dan mempunyai pemerintahnya sendiri.

        Sejarah telah membuktikan Dol Said atau nama penuhnya Abdul Said adalah seorang wira yang mempelopori perjuangan menentang penjajahan Inggeris di Tanah Melayu pada masa itu khususnya di daerah Naning. Dol Said dilahirkan dalam tahun 1775 dan merupakan anak jati Naning. Dalam tahun 1802, beliau telah dilantik menjadi penghulu Naning untuk menggantikan Dato’ Anjak yang telah meninggal dunia.

    Perjuangan Dol Said untuk mempertahankan Naning dari dijajah bermula semasa pemerintahan Belanda lagi. Ini terbukti apabila cukai yang dikenakan oleh Belanda sebanyak 10 peratus daripada hasil tanaman penduduk Naning tidak dibayar sehinggakan Belanda memaksa semua penduduk Naning membayar 400 gantang beras.

      Bantahan demi bantahan telah dilakukan oleh Dol Said. Anak jati Naning ini tidak mahu tunduk kepada penjajah kerana sayangkan kedaulatan negeri sendiri. Gabenor Fullerton (wakil Inggeris ) di Melaka pernah mengarahkan Dol Said mengadapnya tetapi tidak diendahkan oleh beliau.

     Menurut kajian sejarah, Dol Said meningal dunia dalam tahun 1849 atas sebab kekesalan beliau terhadap pembelotan anak Melayu yang pernah menyokong Ingeris menentang Naning. Hakikatnya, penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu khasnya di Naning telah banyak mengubah corak kehidupan, politik dan sosial masyarakat Melayu hingga ke hari ini. 


Tenaga Dalam Kehidupan

Tenaga Suria

Tenaga suria merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan tidak akan kehabisan. Tenaga suria juga dikenali sebagai tenaga solar kerana punca tenaga utama bagi tenaga suria adalah daripada cahaya matahari. Tanpa tenaga matahari, bumi akan mati. Sumber tenaga suria dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh secara semulajadi daripada sinaran suria dan tenaga ini juga tidak terhad serta berterusan penggunaanya. Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hampir 99.9% tenaga berpunca daripada sinaran cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi. Purata keseluruhan tenaga suria yang sampai ke permukaaan bumi kira-kira sebanyak 1353 kw per meter persegi. ( Jauhri P. K, 2005) 

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZhY1UQmlQv4S52qdfcGTRmQX5Uk4vE_hCngrEPzYlXZTE6IKWFiXd9yaKTC-MI3hwduzYaQ2_T-sQwpXWYCgU2sBdngep_K63eYaHPmoUptReYEIKgU2z4QmUo8cmCtpbBpYIxJCCCKI/s320/rumah+soalr.jpg
Secara ringkasnya, pengunaan tenaga suria ini bermula sejak ratusan tahun yang lampau. Menurut sejarah, pada tahun 212 Sebelum Masihi, Archimedes telah berjaya mengalahkan angkatan perang dengan menggunakan kaedah penumpuan tenaga suria. Secara berperingkat-peringkat peningkatan pengunaan tenaga suria berkembang melalui penemuan kaedah yang lebih saintifik dan kegunaan tenaga suria menjadi lebih efisyen. Kini, aplikasi daripada tenaga suria telah banyak digunakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini bagi mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga utama. (Murtedza Mohamed, 1991)

Potensi pengunaan tenaga suria sebagai pembekal sumber tenaga kepada negara- negara yang membangun memperlihatkan satu jalan yang agak cerah. Hal ini adalah kerana, kebanyakan negara-negara yang sedang membangun ini berada dalam lingkungan 0oC – 23oC di mana kawasan ini terletak dalam kawasan yang mendapat cahaya matahari paling tinggi sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan terletak di kawasan khatulistiwa yang mampu menjana tenaga suria sebagai sumber tenaga alternatif. Malaysia mendapat sebanyak 10 jam tenaga suria setiap hari dan masa matahari tegak diatas kepala merupakan satu masa yang memancarkan tenaga suria secara maksimum. Pada masa ini, tenaga suria boleh dijana secara maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul  penumpu.








Tenaga Kimia

Tenaga kimia (chemical energy) adalah tenaga yang tersimpan didalam bahan-bahan kimia.

Apabila sesuatu bahan mengalami tindak balas kimia (chemical reaction), tenaga kimia yang tersimpan akan dibebaskan dan ditukarkan kepada bentuk tenaga.

Tenaga kimia didapati pada bahan api (fuels) seperti petroleum, gas metana, lilin, arang batu dan kayu; makanan (food) seperti beras, daging, buah-buahan dan jagung; sel-sel elektrokimia (electrochemical cells) seperti bateri sel kering dan akumulator.

Semasa pembakaran (combustion), tenaga kimia yang tersimpan di dalam bahan api akan dibebaskan dalam bentuk haba dan cahaya (heat and light).

Dalam pengoksidaan makanan (oxidation of food), tenaga kimia yang tersimpan di dalam makanan akan ditukarkan kepada tenaga haba untuk memanaskan badan.

Apabila sesuatu sel kimia digunakan, tenaga kimia akan ditukarkan kepada tenaga cahaya, tenaga elektrik, tenaga haba, dan lain-lain.


Kegunaan tenaga kimia:
  • Bahan api seperti kayu api dan gas asli dibakar untuk memasak makanan dan mendidihkan air.
  • Bahan api seperti petroleum dibakar untuk menjalankan/mengendalikan motor/enjin.
  • Makanan yang dioksidakan semasa respirasi sel akan menghasilkan tenaga haba untuk memanaskan badan serta mengawal suhu badan.
  • Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrKfYgWmCOZuKS_Akqp-qwv-GT7gV7dXrus-49coFo7CuLeVIW4evfqT0g1fpCQBqmB0hCzkPTJtVz19KNSkyJh8SlW0qQLC68xMxyj5TBOp4cqkXB7U0WPXP4hX_I8qqlltkEuvPr0MM/s1600/Tenaga+kimia+contoh.jpg
Tenaga Kinetik
Tenaga kinetik (kinetic ebergy) adalah tenaga yang dimiliki (possessed) oleh jasad yang bergerak (moving body).

Tenaga kinetik sesuatu objek adalah bergantung kepada jisim (mass) danhalaju (velocity).

Tenaga kinetik akan meningkat (increase) jika:
  1. Jisim sesuatu objek itu bertambah.
  2. Halaju sesuatu objek itu meningkat

Tenaga kinetik bagi sesuatu objek pegun (stationary) adalah sifar (zero).

Contoh-contoh bagi jasad dengan tenaga kinetik:
  • Sistem aliran.
  • Gerakan jarum jam.
  • Angin.
  • Guli yang bergolek.
  • Kipas yang berputar.
  • Kenderaan yang bergerak.

Kegunaan tenaga kinetik
  1. Angin adalah berguna untuk mengubah gerakan/layar sesebuah kincir angin (windmill).
  2. Air yang mengalir boleh digunakan untuk mengangkut kayu balak (timber logs) di dalam industri pembalakan (timber industry).
  3. Jarum jam yang bergerak dengan setiap tandaan (saat/minit/jam) membolehkan kita untuk mengetahui masa/waktu pada bila-bila masa sahaja.
  4. Air sungai yang mengalir deras (swift flowing) boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik (generate electrical power).
    Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRhBm8ydmJ77aoE79oQzdkabqiAU3BuXAln4vK3VrbizZRH6f41UBuAI6A1iFumi5hyrAktlWyB15LtpaHqUlF5gbJnKmryi-tMUuw0hs84w-ewN0mjVzC5bqQOodGlYATYA3r7DCxtKHp/s400/kinetic_running.png


Tenaga Cahaya
Tenaga cahaya (light energy) adalah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang memancarkan cahaya.

Tenaga cahaya boleh dikesan oleh mata (eye). Tanpa cahaya, mata tidak dapat melihat objek sekeliling.

Tenaga cahaya boleh bergerak didalam vakum (vacuum) dan didalam satu garis lurus dalam bentuk gelombang (in the form of waves).

Objek bercahaya (luminous object) merupakan suatu objek yang mengeluarkan tenaga cahayanya tersendiri (gives out its own light energy). Contohnya, bintang dan matahari.

Objek tidak bercahaya (non-luminous object) merupakan suatu objek yang tidak dapat menghasilkan tenaga cahaya sendiri tetapi ia hanya boleh memantulkan (reflect) cahaya. Contohnya, cermin (mirror) dan logam (metal).

Sumber-sumber tenaga cahaya:
  • Matahari.
  • Api.
  • Kilat.
  • Lampu / mentol.

Kegunaan tenaga cahaya:
  • Membolehkan mata melihat dalam keadaan gelap (dark).
  • Membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses fotosintesis (photosynthesis).
  • Membekalkan tenaga kepada sel-sel solar.
  • Menayangkan filem.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiI9SLzUbnVBDQJxQrHw57Pr3-xh34O4z2mUno3aCF0XHgk6PNBvdzjc4SFMt8-ekTr8BfASajx99ONcxJ1kSlaPMoTrW5RhCaq_Cm_eYuejcCuTTTHJDs7ISwgHHoPzRwMAJQjIbpEi6Ku/s1600/energy+fluorescent+light.jpg


Tenaga Haba
Tenaga haba (heat energy) adalah tenaga yang tersimpan di dalam objek panas (hot object).

Tenaga haba sesuatu badan/jasad adalah bergantung kepada suhu (temperature) dan isipadu (volume) badan/jasad tersebut.

Tenaga haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk oleh konduksi (conduction), perolakan (convection) dan sinaran/radiasi (radiation).

Kulit manusia memantau haba melalui reseptor deria panas (hot sensory receptor).

Contoh-contoh sumber tenaga haba:
  • Api.
  • Matahari.
  • Kolam air panas.
  • Air yang mendidih.
  • Pemanas elektrik.
  • Badan manusia dan haiwan.

Kegunaan tenaga haba:
  • Haba daripada pembakaran bahan api digunakan untuk menukarkan air (water) kepada stim (steam). Stim tersebut kemudiannya digunakan untuk mengendalikan (operate) enjin stim.
  • Untuk memanaskan air dan memasak makanan.
  • Untuk membuat unggun api (bonfire) bagi memanaskan badan.
  • Untuk menghasilkan garam melalui proses penyejatan (evaporation) air laut di bawah matahari.
  • Untuk mengeringkan pakaian yang basah.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh71QQzL4E1mxMkCv8nL8ItiDeRS-iHkPLyK9GjRy-geVuGwNIlzRICN2-BcF4Uow6eHgsmEVwSVCI9HlqCvEkCptXpFuZG2tXMkqgmiJb_psu3I4eO92VzTrENkZ_5E8t4ShyG4uLHfORX/s1600/bonfire.jpeg



Tenaga Bunyi
Tenaga bunyi (sound energy) tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar(vibrating object).

Sesuatu objek yang bergetar menghasilkan pergerakan yang berulang(recurring movement).

Apabila sesuatu objek bergetar, udara disekelilingnya juga turut bergetar.

Udara yang bergetar membentuk gelombang bunyi (sound waves).

Gelombang bunyi akan didengar oleh telinga manusia sebagai bunyi.

Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti udara, air, dan pepejal. Ia tidak boleh dipindahkan/bergerak (travel) di dalam vakum (vacuum).

Contoh-contoh objek yang boleh menghasilkan tenaga bunyi:
  • Wisel (whistle) yang ditiup.
  • Dram/gendang (drum) yang dipukul.
  • Gitar yang dipetik talinya (guitar string).
  • Tali biola (violin string) yang digesek (scraped).
  • Loceng (bell) yang dibunyikan.
  • Siren kereta polis.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY9y57P42gSD6c-grqIJPAc9UJmHPM996LWt0XEspnUpUkWImEs3_3wWFWxqOG7guzpXNkA9LeOkoE_dqs6WIZpVJjdu2QxXDUYQOKiWsXIpDwt9bh1EnT9TBPxyb_7sO6iakkoJ7hnusY/s400/sound_guitarist.png



Sinopsis Jejak MONPUS ( Setiap Bab )

BIODATA PENULIS
NAMA : ZULAIHA BINTI PAIKON
NAMA SAMARAN : ZULAIHA PAIKON
TARIKH LAHIR : 8 OKTOBER 1968
TEMPAT LAHIR : KAMPUNG SERI MERLONG,RENGIT,BATU PAHAT,JOHOR DARUL TAKZIM
TAHAP PENDIDIKAN :
 1. SK PEKAN LAYANG-LAYANG,RENGGAM,KLUANG                                                                                                           
 2.SMK DATO’ HJ HASSAN YUNOS,RENGGAM
     SMK TUN AMINAH,BATU PAHAT
     SMP TEMENGGONG IBRAHIM,BATU PAHAT
     SMK DATO’PENGGAWA BARAT,PONTIAN.
3.UNIVERSITI PERTANIAN MALAYSIA
ANUGERAH YANG DIPEROLEH:
1.SAGU HATI DALAM SAYEMBARA PENULISAN ESEI ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (2009)
2.SAGU HATI DALAM SAYEMBARA PENULISAN ESEI DAN CERPEN NEGERI JOHOR ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (2012)
3.DIANUGERAHI TOKOH PENULIS JOHOR OLEH PERSATUAN PENULIS JOHOR (2013)
BUKU-BUKU YANG DIHASILKAN :
1.ULASAN  NOVEL SERI MENANTI
2.ULASAN NOVEL MELUNAS RINDU
3.ULASAN NOVEL DI SEBALIK DINARA
4.ULASAN NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
5.MODUL PRAKTIS BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
6.MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TINGKATAN 5
7.NOVEL JEJAK MONPUS
8.NOVEL KALA UNTUK PERLING
9.NOVEL KASIH YANG BERDEBU
KERJAYA :
1.GURU DI SMK DATO’ MOHD YUNOS SULAIMAN (1992)
2.GURU KANAN MATA PELAJARAN BAHASA DI SMK DATO’MOHD YUNOS SULAIMAN (2003)
3.GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DI SMK KAYU ARA PASONG,PONTIAN (APRIL 2014)

SINOPSIS BAB 1
PENYELAMAT PUS PUS
   Sebuah bangunan yang didirikan bersebelahan dengan sebuah rumah teres dua tingkat yang sudah empat tahun berpenghuni merupakan sebuah makmal kecil.Di situlah Zahar melayani kelompok ulat dan serangga kesayangannya.Kumpulan ulat rama-rama tersebut merupakan penghuni makmal tersebut sebelum menjadi penguhuni taman botani rama-rama ciptaan Zahar. Dia memang cukup gemar akan serangga itu terutamanya pada peringkat ulat bulu.Ibu Zahar, iaitu Qistina Asraf dikenal juga dengan panggilan Cikgu Qistina.Zahar merupakan anak tunggal Qistina. Dia sedia maklum tentang minat anak bujangnya itu.Zahar gemar akan dunia haiwan sejak dia masih kecil lagi.Minat Zahar itu serupa dengan minat ayahnya.Zahar sudah lama barkawan dengan Mawar.Mereka berkawan sejak belajar di Universiti Teknologi Malaya.Zahar memberitahu hasratnya untuk ke Tanjung Paya Bakau di Tanjung Piai.Dia mahu mencari spesies baharu.Selepas makan tengahari dan Solat Zohor,Zahar masuk ke perpustakaan mini miliknya untuk membaca ensiklopedia dan buku-buku yang baru dibelinya di Raden Bookstore untuk menambahkan pengetahuannya tentang spesies larva Pus Pus.Hal ini demikian kerana Zahar ingin mencari punca Pus Pus kurang aktif.






SINOPSIS BAB 2
HASRAT TERPENDAM
   Zahar menanti Mawar di pantai yang menghadap Pulau Pisang.Nama Pulau Pisang dikatakan berasal daripada pokok pisang yang banyak terdapat di pulau itu.Menurut cerita lisan penduduk tempatan yang tinggal di sekitar Benut,Pontian Besar, dan Kukup.Dikatakan orang Acheh telah membuka pulau itu (1818) untuk dijadikan kawasan petempatan.Pulau itu kononnya dianggap misteri kerana pendatang yang cuba memulakan kehidupan dikatakan sering ‘diganggu’.Setelah lama,seorang pawang iaitu Wak Buik yang berketurunan Bugis Riau dipanggil untuk membuka pulau itu.Dia berjaya dan pulau itu dijadikan kawasan penanaman pelbagai buah-buahan.                         
  Wak Buik meninggal dunia seorang diri.Dia dikatakan menjadi mangsa lanun.Ada juga yang mendakwa bahawa  pawang itu mati kerana ingin menyelamatkan diri ke tanah besar.Tuk Munir arwah datuk Zahar memberitahunya bahawa pulau itu didiami bunian.Nek Yah pula mengatakan bahawa gua pulau tersebut tersimpan harta karun.Dari jauh, pulau itu kelihatan seperti orang sedang duduk berzikir.Zahar ingin ke pulau itu dengan hasrat yang mendalam bagi mencari spesies baharu yang tidak pernah dilihatnya.Lamunanya terhenti apabila Mawar menyapanya.
  Mawar tinggal di Ladang South Malaya hanya kira-kira 5 kilometer dari kampung Zahar,Kampung Maju Jaya.Zahar mengenali gadis yang cantik dan berbudi bahasa ini sewaktu dia terlanggar Mawar ketika melintasi di Fakulti Sains Hayat.Mawar merupakan penuntut terbaik Sains Hayat dan Zahar mengaguminya.Mawar bertanyakan Anugerah Inovasi dan Pengkormesialan Produk dari Unviersiti Teknologi Malaya yang telah dimenangi oleh Zahar.Zahar mencipta formula racun serangga untuk ulat bungkus  yang boleh menyelamatkan berjuta-juta kelapa sawit di Sempang Renggam daripada musnah.Inovasi agen biologi ini merupakan perkongsian idea antara Zahar dengan Profesor Doktor Yahya Samad,Dekan Fakulti Sains Hayat.Pertemuan Zahar dan Mawar pada petang itu berakhir di Toko Buku Sumber Ilmiah di Bandar Pontian.
SINOPSIS BAB 3
DILANDA MISTERI
  Zahar menanti ibunya pulang kerana kereta ibunya itu rosak sejak semalam.Menurut Cikgu Ismail yang datang membantu,bateri kereta Cikgu Qistina tidak dapat  berfungsi lagi.Kereta itu kemudiannya dihantar ke bengkel untuk diservis oleh mekanik.Qistina mengajar di Sekolah Menengah Sri Yasin.Dia merupakan guru Bahasa Melayu yang sangat berdedikasi.Dia sangat disayangi oleh murid-muridnya.Semasa mengajar,dia menggunakan pendekatan pedadogi pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan.
  Di sekolah,terdapat seorang anak murid yang disukainya iaitu Faridah yang rajin,bijak dan mampu cemerlang pada masa hadapan.Faridah merupakan anak tunggal yang tinggal bersama neneknya sewaktu di Pahang dahulu.Di bilik darjah,dia sering dijadikan pelajar contoh Kelas 4 Karisma.Oleh itu,tidak hairanlah jika Qistina ingin menjadikannya anak angkat.Namun begitu,ada sesuatu misteri dalam fikirannya tentang Faridah.Dia melihat lelaki separuh abad bertemu Faridah sejak dua minggu lalu.Apabila ditanya,Faridah memberitahu bahawa lelaki itu seorang Profesor Bioteknologi di London dan dia ialah pak cik Faridah.Lelaki tersebut  telah mengingatkan Qistina tentang sesorang yang pernah mengisi hidupnya dahulu.






SINOPSIS BAB 4
KEMBARA KE TANJUNG PIAI
  Zahar teringat kembali anugerah yang telah diterimanya semalam.Setakat ini,hampir sepuluh anugerah yang telah diraihnya hasil daripada penyelidikannya.Antaranya termaksuklah pingat emas dan perak ITEX,Anugerah Yayasan Sains Toray Malaysia,Anugerah Inovasi Negara,Langkawi Award, dan Anugerah Medal Emas Penyelidikan(MPOB).Kesemua anugerah yang diterimanya itu memberikan impak terhadap kualiti kehidupan dan pembangunan industri.
  Zahar berjanji dengan rakan sekuliahnya,Malcom Tan untuk bersama-sama ke Tanjung Piai.Mereka ingin mencari pengganti spesies Pus Pus yang semakin lemah itu.Tanjung Piai merupakan tempat ekopelancongan yang terkenal dengan tempat persinggahan burung pantai dan burung air yang berhijrah mencari makan.Hutan paya bakau itu dikawal rapi oleh Jabatan Perhutanan atas kapasitinya sebagai habitat flora dan fauna.Di samping itu,kawalan itu untuk mengelakkan aktiviti penebangan hutan bakau secara haram dilakukan.
  Semasa menjelajah,Malcom memberitahu Zahar bahawa dia terjumpa seekor ulat bulu berwarna keemasan.Zahar terpukau dengan spesies ulat bulu itu.Zahar rasa bersyukur kerana spesies ini mungkin boleh menyelamatkan spesies Pus Pus.Sebelum pulang,Zahar dan rakannya itu telah singgah di warung Pak Sino untuk menikmati mi udang yang sangat terkenal di daerah Kukup.Sesampainya di rumah,Zahar terus menyelidik lima spesies yang diketemuinya di Taman Hutan Paya Bakau Tanjung Piai.Jika perlu dia ingin membuat pengklonan antara tisu Pus Pus dengan mana-mana tisu larva-larva itu.Selepas semalaman menghadap bahan eksperimennya,Zahar belum menemukan penawar bagi Pus Pus.



SINOPSIS BAB 5
MEREDAH HUTAN KEM KAIZEN
  Kem Kaizen di pinggir hutan simpan Gunung Pulai dan bersebelahan dengan Kem Biro Tatanegara.Kem tersebut dijadikan tempat motivasi serta kem pembangunan insan cemerlang.Kelab Biologi Alam, Fakulti  Sains Hayat Universiti Teknologi Malaysia telah memilih kem tersebut sebagai destinasi kembara ilmu.Bentuk muka buminya yang mempunyai paya,bukit,gunung,hutan serta tasik begitu mendamaikan dan menjadi tempat habitat flora dan fauna.
  Doktor Azura seorang pensyarah muda memberikan kuliah yang memberangsangkan kepada semua peserta.Sewaktu minum bersama-sama dengan Malcom,tiba-tiba Munirah meminta izin untuk duduk bersama-sama.Zahar berasa tidak selesa kerana bimbang hal itu dilihat oleh Mawar. Sebenarnya, Munirah memang berniat untuk memikat Zahar walau dengan apa cara sekalipun.Sewaktu ekspedisi tersebut, Munirah terjatuh ke dalam kolam.Zahar tanpa sebarang prasangka telah terjun ke dalam kolam untuk menyelamatkan Munirah.Tindakannya itu dilihat oleh Mawar dengan rasa cemburu dan Zahar berasa serba salah.
  Aktiviti meredah hutan itu pada sebelah malam, merentas halangan, berkhemah, berkayak, menjala ikan, memancing, dan memasang jerat telah dilalui oleh peserta.Dalam perjalanan meredah hutan,mereka menemukan kubu-kubu lama British, terowong Jepun, dan kawasan peninggalan Perang Dunia Kedua.Zahar begitu leka mencari pengganti Pus Pus.Tiba-tiba dia terlihat seekor beluncas berwarna kuning.Sewaktu asyik memerhatikan beluncas itu, tiba-tiba Zahar tergelincir dan jatuh ke dalam jurang.
  Fikri terdengar jeritan Zahar dari jauh.Dengan bantuan dua orang pemuda yang sedang melakukan aktiviti meredah hutan di situ, Zahar berjaya diselamatkan.Setibanya di kem, Mawar berasa cemas melihat keadaan Zahar.Persaaannya cemburu terhadap Munirah hilang secara perlahan-lahan.Doktor Azura juga berasa cemas lalu mencadangkan mereka menelefon Doktor Zakaria.Sewaktu di rumah Zahar, Zahar telah mempelawa Fikri dan Malcom ke makmal serangganya.Zahar dengan rasa bangganya menunjukkan penemuan terbaharunya, iatu Sesia apiformis.
SINOPSIS BAB 6
KEJADIAN MISTERI DI PULAU
  Masyarakat sibuk bekerja di ladang getah,kelapa sawit,dan kebun.Anak-anak muda pula  bekerja di kilang yang tumbuh bagai cendawan di Pekan Nanas.Kehadiran warga asing menyebabkan peluang pekerjaan anak-anak muda tertutup dan akhirnya menyebabkan mereka terlibat dengan gejala dadah,menghidu gam,mencuri, dan merosakkan harta benda awam.Zahar sendiri pernah membelasah  Ripin, seorang penagih gam kerana cuba mencuri tong gas di luar dapur rumahnya.Sejak peristiwa itu, Zahar berdendam dengan Ripin.
  Qistina   menghalang Zahar pergi ke Pulau Pisang kerana bimbangkan peristiwa buruk seperti yang berlaku di Kem Kaizen dahulu.Qistina teringat kembali peristiwa Zahar berumur lima tahun yang telah dibawa oleh suaminya ke Pulau Kapas untuk mencari spesies penyu laut.Namun,kini semuanya sudah menjadi kenangan kerana suaminya beralih kasih dan melukakan hatinya.Selepas bercerai,dia berpindah ke Kampung Maju Jaya.Menurut berita,bekas suaminya telah berhijrah ke London untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat Doktor Falsafah.Dia teringat kembali kisah Faridah  bertemu dengan lelaki yang mirip dengan suaminya.
  Pada waktu yang dijanjikan,Zahar,Fikri dan Malcom menaiki bot ke Pulau Pisang.Setibanya di sana,mereka disambut dengan kera dan beruk berbonggol merah yang garang.Zahar teringat tentang Hikayat Abdullah yang mencatatkan bahawa Pulau Kukup berhampiran dengan Pulau Pisang merupakan tempat persembunyian lanun.Dia juga teringat akan lanun Somalia yang merompak hampir 20 000 buah kapal sejak tahun 2008.Kemudian, dia teringat akan puisi Pulau Pisang yang dibaca oleh ibunya yang memang aktif dalam Persatuan Penulis Johor.
  Berlaku unsur saspens apabila Zahar tiba-tiba terbau sesuatu yang hancing.Dia seperti melihat seekor ulat bulu yang besar memandangnya tanpa berkedip.Secara tiba-tiba,angin menderu kencang.Selepas angin berhenti bertuip, ulat besar yang dilihatnya tadi telah bertukar menjadi kecil sepertu ulat biasa.Kebingungannya terhenti apabila Fikri dan Malcom mengejutkannya.
SINOPSIS BAB 7
PENEMUAN BAHARU
  Zahar begitu asyik dengan kajiannya di makmal.Spesies Monarch yang ditemukannya di Pulau Pisang tempoh hari telah dijadikan bahan kajian.Ulat tersebut kelihatan lemah dan sakit.Selepas seminggu,dia kembali ke makmal tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena.Zahar berasa kagum kerana gabungan spesies Pus Pus dan Monarch telah menghasilkan ulat bulu yang sangat cantik.Spesies baharu itu dinamakan Morgan.
  Kilauan badan Morgan menyebabkan mata Zahar berasa pedih.Dia memakai cermin mata untuk mengamati kecantikan Morgan.Dia berpendapat jika dia tidak pergi ke Pulau Pisang pasti spesies Pus Pus akan lenyap.Namun,peristiwa pelik tempoh hari yang berlaku di Pulau Pisang itu masih menghantui fikirannya.Kemudian, Zahar teringat kata-kata Malcom dan Fikri, bahawa dia terlalau obses dengan ulat bulu.Tentang kejadian aneh itu pula Fikri beranggapan bahawa Zahar hanya terlelap buat seketika.Namun, perkara yang lebih penting baginya adalah dia telah berjaya menyelamatkan spesies Pus Pus.





SINOPSIS BAB 8
SERANGAN WAKTU MALAM
  Selepas sebulan berlalu, Kampung Maju Jaya dikejutkan dengan serangan ulat bulu yang digelar mereka sebagai serangan ulat bulu puaka.Keadaan ini menimbulkan suasana panik dan takut dalam kalangan penduduk.Mereka diserang penyakit kegatalan kulit,akibatnya ada penduduk kampung yang berjumpa bomoh kerana bimbang terkena penyakit buatan orang.Ada yang memberikan petua agar melumurkan badan dengan tepung dan campuran air kunyit dan kapur.Akhirnya, masing-masing ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Namun, ubat yang diberikan tidak berkesan kerana hanya mampu menghilangkan kegatalan buat seketika.Zahar berasa gelisah dan curiga.Dia bimbang serangan ini berpunca daripada spesies baharunya itu.
  Tiba-tiba, Zahar terkejut apabila mendapati bahawa Morgan tiada di tempatnya.Selepas subuh,dia kembali ke makmal dan mendapati Morgan sudah mengalami perubahan ciri fizikal iaitu tumbuh sayap kecil pada kiri dan kanan abdomennya.Keadaan menjadi genting apabila Ripin bersam-sama dengan beberapa orang kampung datang ke rumah Zahar.Mereka menuduh Zahar sebagai punca kejadian ini.Namun, Qistina berjanji memanggil pihak Jabatan Kesihatan untuk menyiasat perkara yang berlaku.Sebagai ketua kampung,Pak Naib dengan tegas memerintahkan Ripin dan orang kampungnya pulang sehingga siasatan selesai dijalankan.
  Dua hari selepas kejadian, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor,pegawai kesihatan,pegawai polis,dan Unit Forensik menyiasat makmal Zahar.Namun tiada apa-apa yang ditemukan untuk dikaitkan dengan serangan ulat bulu itu.Kumpulan penyiasat mengambil sampel ulat bulu yang menyerang penduduk untuk diuji di makmal kesihatan.Serangan ulat bulu semakin serius apabila asap kilang sawit menambahkan pencemaran.
  Petang itu, Zahar pergi ke balai raya untuk disoal siasat.Zahar didakwa membela ulat tanpa permit.Zahar  gagal memastikan ulat bulunya tidak membahayakan kesihatan penduduk.Selain itu, ulat bulu yang menyerang kampung ada kaitan dengan ulat bulu di makmalnya.Zahar menafikan tuduhan itu.Dia memberitahu banyak faktor yang menyebabkan serangan ini terjadi.Antaranya termaksuklah pencemaran habuk dan asap kilang sawit.Pak Rahmat bersetuju dengan pendapat Zahar.Salah seorang daripada mereka mencadangkan agar penduduk kampung melakukan solat hajat untuk menyelesaikan musibah ini.Ripin tidak berpuas hati lalu meninggalkan majlis tersebut.











SINOPSIS BAB 9
TERCETUS PERSELISIHAN
  Di warung Pak Mail,Manaf,Jusuh,Ahmad,Usop, dan Ripin berbincang berkenaan serangan ulat bulu yang melanda kampung mereka.Mereka cuba menyalahkan Zahar atas kejadian yang berlaku di kampung tersebut.Pak Mail susah hati walaupun jualannya laris tetapi ramai pelanggan yang berhutang.
  Perbualan mereka terhenti apabila Zahar dan ibunya tiba di warung itu dengan kereta.Ripin meluru keluar dan cuba mencetuskan pertelingkahan.Qistina cuba meleraikan situasi tegang tersebut.Pak Mail menegur perbuatan Ripin yang bersikap kurang ajar terhadap Cikgu Qistina.Ego Zahar tercabar apabila Ripin mengaitkan tindakan ibunya membela dirinya dengan kejadian ayahnya meninggalkan keluarganya.Ripin telah mengeluarkan pisau lipatnya lalu melibas bahu Zahar.Tindakannya itu menyebabkan Zahar rebah ke tanah.Ripin melarikan diri kerana panik.Pak Mail dan orang-orang kampung mengangkat Zahar ke dalam warung.Mereka bersama-sama membawa Zahar ke hospital dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Qistina.





SINOPSIS BAB 10
MERISIK KHABAR
  Mawar bergegas pulang apabila mengetahui bahawa Zahar telah dimasukkan ke hospital kerana bergaduh dengan Ripin.Sudah beberapa hari dia tidak melihat Zahar.Pertemuan mereka mengubati kerinduan masing-masing.Zahar memberitahu Mawar bahawa orang-orang kampung menuduhnya sebagai punca serangan ulat bulu.
  Zahar memberitahu Mawar tentang sesuatu yang pelik berlaku apabila Morgan selalu hilang pada sebelah malam.Mawar seperti terkejut apabila Zahar memberitahunya bahawa Morgan boleh terbang.Zahar mengesyaki Morgan yang hilang pada waktu malam mempunyai kaitan dengan serangan ulat bulu di kampungnya.
  Zahar memeberitahu Mawar bahawa rama-rama boleh bertelur dengan purata 200 biji, serta mempunyai selera makan yang besar.Jika ada beribu-ribu rama-rama, maka sudah pasti banyak ulat bulu yang terhasil.Zahar berjanji akan membuat eksperimen untuk mengenal pasti serangan ulat bulu di kampungnya.







SINOPSIS BAB 11
MISTERI TERJAWAB
  Zahar membuat kajian mendalam berkenaan ulat bulu melalui internet dan buku.Dia cuba mencari fakta-fakta yang lengkap berkaitan masalah yang dihadapinya.Hasil daripada kajiannya, dia mendapati serangan ulat bulu di kampungnya mempunyai kaitan dengan pencemaran seperti habuk dan debu di udara berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku sewaktu revolusi industri dahulu.
  Pada waktu malam, Zahar pergi ke makmal dan mengintai tingkah laku Morgan di sarangnya.Dia melihat cahaya kebiru-biruan keluar dari sarang Morgan.Dia melihat Morgan terapung-apung di udara.Hasil daripada jejakannya, Zahar mendapati bahawa Morgan telah merangsang ulat-ulat bulu berintik hitam keluar dan melekat di tempat yang berdebu,berjelaga dan tercemar.Zahar tidak menyangka minatnya kini telah menimbulkan bahaya kepada orang lain.
  Mawar menganggap kejadian yang diceritakan oleh Zahar itu seperti dalam filem sains fiksyen.Pada malam itu, Zahar telah mengekori Morgan.Sayup-sayup kendengaran suara pekikan,jeritan dan tangisan dari rumah-rumah berdekatan.Dia berasa kasihan apabila melihat anak-anak kecil dan bayi menangis kerana serangan ulat bulu.Sauasana hingar-bingar itu telah menimbulkan rasa simpati Zahar.Masalah lain pula timbul apabila penggunaan racun serangga yang berlebihan menyerang salur pernafasan,paru-paru,jantung,hati,system pernafasan,system saraf otot dan organ dalaman yang lain.
  Kekecohan yang melanda Kampung Maju Jaya telah sampai ke pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor,Dato’ Omaruddin Atan.Beliau telah meminta Majlis Perbandaran Daerah Pontian menyiasat dan menghapuskan serangan ulat bulu tersebut.Kisah di kampung tersebut akhirnya disiarkan dalam akhbar dan menimbulkan ketakutan dalam kalangan pembaca.

SINOPSIS BAB 12
MANGSA BAHARU
  Subuh itu, Pak Alias mendengar kambing peliharaanya tidak henti-henti mengembek.Selepas solat dan berwirid, dia mengejutkan isterinya, Mak Cik Habibah yang masih tidur.Dia cuba mengejutkan cucunya,Raziq yang sedang tidur.Malam tadi, dia ada bercerita kepada cucunya tentang kisah asal usul ular sawa yang kehilangan bisanya.Selepas menunaikan solat, Pak Alias terus ke kandang kambingnya, dan alangkah terkejutnya apabila dia mendapati anak-anak kambingnya bergelimpangan mati akibat disearang ulat bulu.
  Pada pagi itu,warung Pak mail menjadi kecoh dengan kejadian yang menimpa anak-anak kambing Pak Alias.Leman, Pak Usop dan Kadir turut dihimpit kebimbangan keran khuatir lembu, ayam, dan itik mereka pula akan menjadi mangsa serangan ulat bulu.









SINOPSIS BAB 13
DEMAM PERASAAN
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrKfYgWmCOZuKS_Akqp-qwv-GT7gV7dXrus-49coFo7CuLeVIW4evfqT0g1fpCQBqmB0hCzkPTJtVz19KNSkyJh8SlW0qQLC68xMxyj5TBOp4cqkXB7U0WPXP4hX_I8qqlltkEuvPr0MM/s1600/Tenaga+kimia+contoh.jpgDescription: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrKfYgWmCOZuKS_Akqp-qwv-GT7gV7dXrus-49coFo7CuLeVIW4evfqT0g1fpCQBqmB0hCzkPTJtVz19KNSkyJh8SlW0qQLC68xMxyj5TBOp4cqkXB7U0WPXP4hX_I8qqlltkEuvPr0MM/s1600/Tenaga+kimia+contoh.jpg  Seperti kebiasaannya Qistina melangkah ke kelas 5 Gigih tepat pada pukul 7:30 pagi setiap hari Isnin.Dia mengarahkan anak-anak muridnya menghantar buku latihan.Umar seorang daripada anak muridnya tidak menyiapkan kerja rumah dengan alasan kambingnya beranak telah menyebabkan kelas 5 Gigih riuh rendah dengan bunyi ketawa.Qistina pernah pergi ke rumah Umar dan mendapat tahu bahawa adik Umar, iaitu Hakim membantu Umar menyiapkan kerja latihan karangannya.Umar pula sibuk menyabit rumput untuk kambing-kambingnya.

  Pada suatu malam sewaktu Qistina menghantar Umar pulang ke rumah dari kem Perkampungan Ilmu SPM,dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa kambing Umar mati digigit ulat bulu sementara ayahnya pula dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas angkara ulat bulu.Qistina menjadi bingung memikirkan perkembangan terbaharu berkaitan dengan serangan ulat bulu di kampungnya.Dia amat berharap agar anaknya, Zahar dapat mencari penawar dengan segera.Secara diam-diam,dia terfikir untuk meninggalkan kampungnya demi keselamatan anak dan dirinya.