Rabu, 30 Mac 2016

Tenaga Dalam Kehidupan

Tenaga Suria

Tenaga suria merupakan salah satu tenaga alternatif yang boleh diperbaharui dan tidak akan kehabisan. Tenaga suria juga dikenali sebagai tenaga solar kerana punca tenaga utama bagi tenaga suria adalah daripada cahaya matahari. Tanpa tenaga matahari, bumi akan mati. Sumber tenaga suria dianggap bersih dan tidak mencemarkan alam kerana tenaga ini diperoleh secara semulajadi daripada sinaran suria dan tenaga ini juga tidak terhad serta berterusan penggunaanya. Matahari dikatakan sebagai pusat tenaga kerana hampir 99.9% tenaga berpunca daripada sinaran cahaya matahari yang sampai ke permukaan bumi. Purata keseluruhan tenaga suria yang sampai ke permukaaan bumi kira-kira sebanyak 1353 kw per meter persegi. ( Jauhri P. K, 2005) 

Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgZhY1UQmlQv4S52qdfcGTRmQX5Uk4vE_hCngrEPzYlXZTE6IKWFiXd9yaKTC-MI3hwduzYaQ2_T-sQwpXWYCgU2sBdngep_K63eYaHPmoUptReYEIKgU2z4QmUo8cmCtpbBpYIxJCCCKI/s320/rumah+soalr.jpg
Secara ringkasnya, pengunaan tenaga suria ini bermula sejak ratusan tahun yang lampau. Menurut sejarah, pada tahun 212 Sebelum Masihi, Archimedes telah berjaya mengalahkan angkatan perang dengan menggunakan kaedah penumpuan tenaga suria. Secara berperingkat-peringkat peningkatan pengunaan tenaga suria berkembang melalui penemuan kaedah yang lebih saintifik dan kegunaan tenaga suria menjadi lebih efisyen. Kini, aplikasi daripada tenaga suria telah banyak digunakan di kebanyakan negara-negara di dunia ini bagi mengatasi masalah kekurangan sumber tenaga utama. (Murtedza Mohamed, 1991)

Potensi pengunaan tenaga suria sebagai pembekal sumber tenaga kepada negara- negara yang membangun memperlihatkan satu jalan yang agak cerah. Hal ini adalah kerana, kebanyakan negara-negara yang sedang membangun ini berada dalam lingkungan 0oC – 23oC di mana kawasan ini terletak dalam kawasan yang mendapat cahaya matahari paling tinggi sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dan terletak di kawasan khatulistiwa yang mampu menjana tenaga suria sebagai sumber tenaga alternatif. Malaysia mendapat sebanyak 10 jam tenaga suria setiap hari dan masa matahari tegak diatas kepala merupakan satu masa yang memancarkan tenaga suria secara maksimum. Pada masa ini, tenaga suria boleh dijana secara maksimum melalui penggunaan kaedah pengumpul  penumpu.








Tenaga Kimia

Tenaga kimia (chemical energy) adalah tenaga yang tersimpan didalam bahan-bahan kimia.

Apabila sesuatu bahan mengalami tindak balas kimia (chemical reaction), tenaga kimia yang tersimpan akan dibebaskan dan ditukarkan kepada bentuk tenaga.

Tenaga kimia didapati pada bahan api (fuels) seperti petroleum, gas metana, lilin, arang batu dan kayu; makanan (food) seperti beras, daging, buah-buahan dan jagung; sel-sel elektrokimia (electrochemical cells) seperti bateri sel kering dan akumulator.

Semasa pembakaran (combustion), tenaga kimia yang tersimpan di dalam bahan api akan dibebaskan dalam bentuk haba dan cahaya (heat and light).

Dalam pengoksidaan makanan (oxidation of food), tenaga kimia yang tersimpan di dalam makanan akan ditukarkan kepada tenaga haba untuk memanaskan badan.

Apabila sesuatu sel kimia digunakan, tenaga kimia akan ditukarkan kepada tenaga cahaya, tenaga elektrik, tenaga haba, dan lain-lain.


Kegunaan tenaga kimia:
  • Bahan api seperti kayu api dan gas asli dibakar untuk memasak makanan dan mendidihkan air.
  • Bahan api seperti petroleum dibakar untuk menjalankan/mengendalikan motor/enjin.
  • Makanan yang dioksidakan semasa respirasi sel akan menghasilkan tenaga haba untuk memanaskan badan serta mengawal suhu badan.
  • Bateri digunakan untuk menyalakan mentol lampu.Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgrKfYgWmCOZuKS_Akqp-qwv-GT7gV7dXrus-49coFo7CuLeVIW4evfqT0g1fpCQBqmB0hCzkPTJtVz19KNSkyJh8SlW0qQLC68xMxyj5TBOp4cqkXB7U0WPXP4hX_I8qqlltkEuvPr0MM/s1600/Tenaga+kimia+contoh.jpg
Tenaga Kinetik
Tenaga kinetik (kinetic ebergy) adalah tenaga yang dimiliki (possessed) oleh jasad yang bergerak (moving body).

Tenaga kinetik sesuatu objek adalah bergantung kepada jisim (mass) danhalaju (velocity).

Tenaga kinetik akan meningkat (increase) jika:
  1. Jisim sesuatu objek itu bertambah.
  2. Halaju sesuatu objek itu meningkat

Tenaga kinetik bagi sesuatu objek pegun (stationary) adalah sifar (zero).

Contoh-contoh bagi jasad dengan tenaga kinetik:
  • Sistem aliran.
  • Gerakan jarum jam.
  • Angin.
  • Guli yang bergolek.
  • Kipas yang berputar.
  • Kenderaan yang bergerak.

Kegunaan tenaga kinetik
  1. Angin adalah berguna untuk mengubah gerakan/layar sesebuah kincir angin (windmill).
  2. Air yang mengalir boleh digunakan untuk mengangkut kayu balak (timber logs) di dalam industri pembalakan (timber industry).
  3. Jarum jam yang bergerak dengan setiap tandaan (saat/minit/jam) membolehkan kita untuk mengetahui masa/waktu pada bila-bila masa sahaja.
  4. Air sungai yang mengalir deras (swift flowing) boleh digunakan untuk menjana kuasa elektrik (generate electrical power).
    Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRhBm8ydmJ77aoE79oQzdkabqiAU3BuXAln4vK3VrbizZRH6f41UBuAI6A1iFumi5hyrAktlWyB15LtpaHqUlF5gbJnKmryi-tMUuw0hs84w-ewN0mjVzC5bqQOodGlYATYA3r7DCxtKHp/s400/kinetic_running.png


Tenaga Cahaya
Tenaga cahaya (light energy) adalah tenaga yang dihasilkan oleh objek yang memancarkan cahaya.

Tenaga cahaya boleh dikesan oleh mata (eye). Tanpa cahaya, mata tidak dapat melihat objek sekeliling.

Tenaga cahaya boleh bergerak didalam vakum (vacuum) dan didalam satu garis lurus dalam bentuk gelombang (in the form of waves).

Objek bercahaya (luminous object) merupakan suatu objek yang mengeluarkan tenaga cahayanya tersendiri (gives out its own light energy). Contohnya, bintang dan matahari.

Objek tidak bercahaya (non-luminous object) merupakan suatu objek yang tidak dapat menghasilkan tenaga cahaya sendiri tetapi ia hanya boleh memantulkan (reflect) cahaya. Contohnya, cermin (mirror) dan logam (metal).

Sumber-sumber tenaga cahaya:
  • Matahari.
  • Api.
  • Kilat.
  • Lampu / mentol.

Kegunaan tenaga cahaya:
  • Membolehkan mata melihat dalam keadaan gelap (dark).
  • Membolehkan tumbuh-tumbuhan hijau untuk menjalankan proses fotosintesis (photosynthesis).
  • Membekalkan tenaga kepada sel-sel solar.
  • Menayangkan filem.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiI9SLzUbnVBDQJxQrHw57Pr3-xh34O4z2mUno3aCF0XHgk6PNBvdzjc4SFMt8-ekTr8BfASajx99ONcxJ1kSlaPMoTrW5RhCaq_Cm_eYuejcCuTTTHJDs7ISwgHHoPzRwMAJQjIbpEi6Ku/s1600/energy+fluorescent+light.jpg


Tenaga Haba
Tenaga haba (heat energy) adalah tenaga yang tersimpan di dalam objek panas (hot object).

Tenaga haba sesuatu badan/jasad adalah bergantung kepada suhu (temperature) dan isipadu (volume) badan/jasad tersebut.

Tenaga haba mengalir dari kawasan panas ke kawasan sejuk oleh konduksi (conduction), perolakan (convection) dan sinaran/radiasi (radiation).

Kulit manusia memantau haba melalui reseptor deria panas (hot sensory receptor).

Contoh-contoh sumber tenaga haba:
  • Api.
  • Matahari.
  • Kolam air panas.
  • Air yang mendidih.
  • Pemanas elektrik.
  • Badan manusia dan haiwan.

Kegunaan tenaga haba:
  • Haba daripada pembakaran bahan api digunakan untuk menukarkan air (water) kepada stim (steam). Stim tersebut kemudiannya digunakan untuk mengendalikan (operate) enjin stim.
  • Untuk memanaskan air dan memasak makanan.
  • Untuk membuat unggun api (bonfire) bagi memanaskan badan.
  • Untuk menghasilkan garam melalui proses penyejatan (evaporation) air laut di bawah matahari.
  • Untuk mengeringkan pakaian yang basah.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh71QQzL4E1mxMkCv8nL8ItiDeRS-iHkPLyK9GjRy-geVuGwNIlzRICN2-BcF4Uow6eHgsmEVwSVCI9HlqCvEkCptXpFuZG2tXMkqgmiJb_psu3I4eO92VzTrENkZ_5E8t4ShyG4uLHfORX/s1600/bonfire.jpeg



Tenaga Bunyi
Tenaga bunyi (sound energy) tenaga yang dihasilkan oleh objek yang bergetar(vibrating object).

Sesuatu objek yang bergetar menghasilkan pergerakan yang berulang(recurring movement).

Apabila sesuatu objek bergetar, udara disekelilingnya juga turut bergetar.

Udara yang bergetar membentuk gelombang bunyi (sound waves).

Gelombang bunyi akan didengar oleh telinga manusia sebagai bunyi.

Tenaga bunyi boleh dipindahkan melalui medium seperti udara, air, dan pepejal. Ia tidak boleh dipindahkan/bergerak (travel) di dalam vakum (vacuum).

Contoh-contoh objek yang boleh menghasilkan tenaga bunyi:
  • Wisel (whistle) yang ditiup.
  • Dram/gendang (drum) yang dipukul.
  • Gitar yang dipetik talinya (guitar string).
  • Tali biola (violin string) yang digesek (scraped).
  • Loceng (bell) yang dibunyikan.
  • Siren kereta polis.
Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgY9y57P42gSD6c-grqIJPAc9UJmHPM996LWt0XEspnUpUkWImEs3_3wWFWxqOG7guzpXNkA9LeOkoE_dqs6WIZpVJjdu2QxXDUYQOKiWsXIpDwt9bh1EnT9TBPxyb_7sO6iakkoJ7hnusY/s400/sound_guitarist.png



2 ulasan: