BIODATA PENULIS
NAMA : ZULAIHA BINTI PAIKON
NAMA SAMARAN : ZULAIHA PAIKON
TARIKH LAHIR : 8 OKTOBER 1968
TEMPAT LAHIR : KAMPUNG SERI MERLONG,RENGIT,BATU
PAHAT,JOHOR DARUL TAKZIM
TAHAP PENDIDIKAN :
1. SK PEKAN LAYANG-LAYANG,RENGGAM,KLUANG
2.SMK DATO’ HJ HASSAN YUNOS,RENGGAM
SMK TUN AMINAH,BATU PAHAT
SMP TEMENGGONG IBRAHIM,BATU PAHAT
SMK DATO’PENGGAWA BARAT,PONTIAN.
3.UNIVERSITI
PERTANIAN MALAYSIA
ANUGERAH YANG DIPEROLEH:
1.SAGU HATI
DALAM SAYEMBARA PENULISAN ESEI ANJURAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (2009)
2.SAGU HATI
DALAM SAYEMBARA PENULISAN ESEI DAN CERPEN NEGERI JOHOR ANJURAN DEWAN BAHASA DAN
PUSTAKA (2012)
3.DIANUGERAHI
TOKOH PENULIS JOHOR OLEH PERSATUAN PENULIS JOHOR (2013)
BUKU-BUKU YANG DIHASILKAN :
1.ULASAN NOVEL SERI MENANTI
2.ULASAN
NOVEL MELUNAS RINDU
3.ULASAN
NOVEL DI SEBALIK DINARA
4.ULASAN
NOVEL JENDELA MENGHADAP JALAN
5.MODUL
PRAKTIS BAHASA MELAYU TINGKATAN 1
6.MODUL
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TINGKATAN 5
7.NOVEL
JEJAK MONPUS
8.NOVEL KALA
UNTUK PERLING
9.NOVEL
KASIH YANG BERDEBU
KERJAYA :
1.GURU DI
SMK DATO’ MOHD YUNOS SULAIMAN (1992)
2.GURU KANAN
MATA PELAJARAN BAHASA DI SMK DATO’MOHD YUNOS SULAIMAN (2003)
3.GURU
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM DI SMK KAYU ARA PASONG,PONTIAN (APRIL 2014)
SINOPSIS BAB 1
PENYELAMAT PUS PUS
Sebuah
bangunan yang didirikan bersebelahan dengan sebuah rumah teres dua tingkat yang
sudah empat tahun berpenghuni merupakan sebuah makmal kecil.Di situlah Zahar
melayani kelompok ulat dan serangga kesayangannya.Kumpulan ulat rama-rama
tersebut merupakan penghuni makmal tersebut sebelum menjadi penguhuni taman
botani rama-rama ciptaan Zahar. Dia memang cukup gemar akan serangga itu
terutamanya pada peringkat ulat bulu.Ibu Zahar, iaitu Qistina Asraf dikenal
juga dengan panggilan Cikgu Qistina.Zahar merupakan anak tunggal Qistina. Dia
sedia maklum tentang minat anak bujangnya itu.Zahar gemar akan dunia haiwan
sejak dia masih kecil lagi.Minat Zahar itu serupa dengan minat ayahnya.Zahar
sudah lama barkawan dengan Mawar.Mereka berkawan sejak belajar di Universiti
Teknologi Malaya.Zahar memberitahu hasratnya untuk ke Tanjung Paya Bakau di
Tanjung Piai.Dia mahu mencari spesies baharu.Selepas makan tengahari dan Solat
Zohor,Zahar masuk ke perpustakaan mini miliknya untuk membaca ensiklopedia dan
buku-buku yang baru dibelinya di Raden Bookstore untuk menambahkan
pengetahuannya tentang spesies larva Pus Pus.Hal ini demikian kerana Zahar
ingin mencari punca Pus Pus kurang aktif.
SINOPSIS BAB 2
HASRAT TERPENDAM
Zahar
menanti Mawar di pantai yang menghadap Pulau Pisang.Nama Pulau Pisang dikatakan
berasal daripada pokok pisang yang banyak terdapat di pulau itu.Menurut cerita
lisan penduduk tempatan yang tinggal di sekitar Benut,Pontian Besar, dan
Kukup.Dikatakan orang Acheh telah membuka pulau itu (1818) untuk dijadikan
kawasan petempatan.Pulau itu kononnya dianggap misteri kerana pendatang yang
cuba memulakan kehidupan dikatakan sering ‘diganggu’.Setelah lama,seorang pawang
iaitu Wak Buik yang berketurunan Bugis Riau dipanggil untuk membuka pulau
itu.Dia berjaya dan pulau itu dijadikan kawasan penanaman pelbagai
buah-buahan.
Wak Buik meninggal dunia seorang diri.Dia
dikatakan menjadi mangsa lanun.Ada juga yang mendakwa bahawa pawang itu mati kerana ingin menyelamatkan
diri ke tanah besar.Tuk Munir arwah datuk Zahar memberitahunya bahawa pulau itu
didiami bunian.Nek Yah pula mengatakan bahawa gua pulau tersebut tersimpan
harta karun.Dari jauh, pulau itu kelihatan seperti orang sedang duduk berzikir.Zahar
ingin ke pulau itu dengan hasrat yang mendalam bagi mencari spesies baharu yang
tidak pernah dilihatnya.Lamunanya terhenti apabila Mawar menyapanya.
Mawar tinggal di Ladang South Malaya hanya
kira-kira 5 kilometer dari kampung Zahar,Kampung Maju Jaya.Zahar mengenali
gadis yang cantik dan berbudi bahasa ini sewaktu dia terlanggar Mawar ketika
melintasi di Fakulti Sains Hayat.Mawar merupakan penuntut terbaik Sains Hayat
dan Zahar mengaguminya.Mawar bertanyakan Anugerah Inovasi dan Pengkormesialan
Produk dari Unviersiti Teknologi Malaya yang telah dimenangi oleh Zahar.Zahar
mencipta formula racun serangga untuk ulat bungkus yang boleh menyelamatkan berjuta-juta kelapa
sawit di Sempang Renggam daripada musnah.Inovasi agen biologi ini merupakan perkongsian
idea antara Zahar dengan Profesor Doktor Yahya Samad,Dekan Fakulti Sains
Hayat.Pertemuan Zahar dan Mawar pada petang itu berakhir di Toko Buku Sumber
Ilmiah di Bandar Pontian.
SINOPSIS BAB 3
DILANDA MISTERI
Zahar menanti ibunya pulang kerana kereta
ibunya itu rosak sejak semalam.Menurut Cikgu Ismail yang datang membantu,bateri
kereta Cikgu Qistina tidak dapat
berfungsi lagi.Kereta itu kemudiannya dihantar ke bengkel untuk diservis
oleh mekanik.Qistina mengajar di Sekolah Menengah Sri Yasin.Dia merupakan guru
Bahasa Melayu yang sangat berdedikasi.Dia sangat disayangi oleh
murid-muridnya.Semasa mengajar,dia menggunakan pendekatan pedadogi pembelajaran
yang berkesan dan menyeronokkan.
Di sekolah,terdapat seorang anak murid yang
disukainya iaitu Faridah yang rajin,bijak dan mampu cemerlang pada masa
hadapan.Faridah merupakan anak tunggal yang tinggal bersama neneknya sewaktu di
Pahang dahulu.Di bilik darjah,dia sering dijadikan pelajar contoh Kelas 4
Karisma.Oleh itu,tidak hairanlah jika Qistina ingin menjadikannya anak
angkat.Namun begitu,ada sesuatu misteri dalam fikirannya tentang Faridah.Dia
melihat lelaki separuh abad bertemu Faridah sejak dua minggu lalu.Apabila
ditanya,Faridah memberitahu bahawa lelaki itu seorang Profesor Bioteknologi di
London dan dia ialah pak cik Faridah.Lelaki tersebut telah mengingatkan Qistina tentang sesorang
yang pernah mengisi hidupnya dahulu.
SINOPSIS BAB 4
KEMBARA KE TANJUNG
PIAI
Zahar teringat kembali anugerah yang telah
diterimanya semalam.Setakat ini,hampir sepuluh anugerah yang telah diraihnya hasil
daripada penyelidikannya.Antaranya termaksuklah pingat emas dan perak
ITEX,Anugerah Yayasan Sains Toray Malaysia,Anugerah Inovasi Negara,Langkawi
Award, dan Anugerah Medal Emas Penyelidikan(MPOB).Kesemua anugerah yang
diterimanya itu memberikan impak terhadap kualiti kehidupan dan pembangunan
industri.
Zahar berjanji dengan rakan
sekuliahnya,Malcom Tan untuk bersama-sama ke Tanjung Piai.Mereka ingin mencari
pengganti spesies Pus Pus yang semakin lemah itu.Tanjung Piai merupakan tempat
ekopelancongan yang terkenal dengan tempat persinggahan burung pantai dan
burung air yang berhijrah mencari makan.Hutan paya bakau itu dikawal rapi oleh
Jabatan Perhutanan atas kapasitinya sebagai habitat flora dan fauna.Di samping
itu,kawalan itu untuk mengelakkan aktiviti penebangan hutan bakau secara haram
dilakukan.
Semasa menjelajah,Malcom memberitahu Zahar
bahawa dia terjumpa seekor ulat bulu berwarna keemasan.Zahar terpukau dengan
spesies ulat bulu itu.Zahar rasa bersyukur kerana spesies ini mungkin boleh
menyelamatkan spesies Pus Pus.Sebelum pulang,Zahar dan rakannya itu telah
singgah di warung Pak Sino untuk menikmati mi udang yang sangat terkenal di
daerah Kukup.Sesampainya di rumah,Zahar terus menyelidik lima spesies yang diketemuinya
di Taman Hutan Paya Bakau Tanjung Piai.Jika perlu dia ingin membuat pengklonan
antara tisu Pus Pus dengan mana-mana tisu larva-larva itu.Selepas semalaman menghadap
bahan eksperimennya,Zahar belum menemukan penawar bagi Pus Pus.
SINOPSIS BAB 5
MEREDAH HUTAN KEM KAIZEN
Kem Kaizen di pinggir hutan simpan Gunung
Pulai dan bersebelahan dengan Kem Biro Tatanegara.Kem tersebut dijadikan tempat
motivasi serta kem pembangunan insan cemerlang.Kelab Biologi Alam, Fakulti Sains Hayat Universiti Teknologi Malaysia
telah memilih kem tersebut sebagai destinasi kembara ilmu.Bentuk muka buminya
yang mempunyai paya,bukit,gunung,hutan serta tasik begitu mendamaikan dan
menjadi tempat habitat flora dan fauna.
Doktor Azura seorang pensyarah muda
memberikan kuliah yang memberangsangkan kepada semua peserta.Sewaktu minum
bersama-sama dengan Malcom,tiba-tiba Munirah meminta izin untuk duduk
bersama-sama.Zahar berasa tidak selesa kerana bimbang hal itu dilihat oleh
Mawar. Sebenarnya, Munirah memang berniat untuk memikat Zahar walau dengan apa
cara sekalipun.Sewaktu ekspedisi tersebut, Munirah terjatuh ke dalam
kolam.Zahar tanpa sebarang prasangka telah terjun ke dalam kolam untuk
menyelamatkan Munirah.Tindakannya itu dilihat oleh Mawar dengan rasa cemburu
dan Zahar berasa serba salah.
Aktiviti meredah hutan itu pada sebelah
malam, merentas halangan, berkhemah, berkayak, menjala ikan, memancing, dan
memasang jerat telah dilalui oleh peserta.Dalam perjalanan meredah hutan,mereka
menemukan kubu-kubu lama British, terowong Jepun, dan kawasan peninggalan
Perang Dunia Kedua.Zahar begitu leka mencari pengganti Pus Pus.Tiba-tiba dia
terlihat seekor beluncas berwarna kuning.Sewaktu asyik memerhatikan beluncas
itu, tiba-tiba Zahar tergelincir dan jatuh ke dalam jurang.
Fikri terdengar jeritan Zahar dari
jauh.Dengan bantuan dua orang pemuda yang sedang melakukan aktiviti meredah
hutan di situ, Zahar berjaya diselamatkan.Setibanya di kem, Mawar berasa cemas
melihat keadaan Zahar.Persaaannya cemburu terhadap Munirah hilang secara
perlahan-lahan.Doktor Azura juga berasa cemas lalu mencadangkan mereka
menelefon Doktor Zakaria.Sewaktu di rumah Zahar, Zahar telah mempelawa Fikri
dan Malcom ke makmal serangganya.Zahar dengan rasa bangganya menunjukkan
penemuan terbaharunya, iatu Sesia apiformis.
SINOPSIS BAB 6
KEJADIAN MISTERI DI
PULAU
Masyarakat sibuk bekerja di ladang
getah,kelapa sawit,dan kebun.Anak-anak muda pula bekerja di kilang yang tumbuh bagai cendawan
di Pekan Nanas.Kehadiran warga asing menyebabkan peluang pekerjaan anak-anak
muda tertutup dan akhirnya menyebabkan mereka terlibat dengan gejala
dadah,menghidu gam,mencuri, dan merosakkan harta benda awam.Zahar sendiri
pernah membelasah Ripin, seorang penagih
gam kerana cuba mencuri tong gas di luar dapur rumahnya.Sejak peristiwa itu,
Zahar berdendam dengan Ripin.
Qistina menghalang
Zahar pergi ke Pulau Pisang kerana bimbangkan peristiwa buruk seperti yang
berlaku di Kem Kaizen dahulu.Qistina teringat kembali peristiwa Zahar berumur
lima tahun yang telah dibawa oleh suaminya ke Pulau Kapas untuk mencari spesies
penyu laut.Namun,kini semuanya sudah menjadi kenangan kerana suaminya beralih
kasih dan melukakan hatinya.Selepas bercerai,dia berpindah ke Kampung Maju
Jaya.Menurut berita,bekas suaminya telah berhijrah ke London untuk melanjutkan
pelajaran pada peringkat Doktor Falsafah.Dia teringat kembali kisah Faridah bertemu dengan lelaki yang mirip dengan
suaminya.
Pada waktu yang dijanjikan,Zahar,Fikri dan
Malcom menaiki bot ke Pulau Pisang.Setibanya di sana,mereka disambut dengan
kera dan beruk berbonggol merah yang garang.Zahar teringat tentang Hikayat
Abdullah yang mencatatkan bahawa Pulau Kukup berhampiran dengan Pulau Pisang
merupakan tempat persembunyian lanun.Dia juga teringat akan lanun Somalia yang
merompak hampir 20 000 buah kapal sejak tahun 2008.Kemudian, dia teringat akan
puisi Pulau Pisang yang dibaca oleh ibunya yang memang aktif dalam Persatuan
Penulis Johor.
Berlaku unsur saspens apabila Zahar tiba-tiba
terbau sesuatu yang hancing.Dia seperti melihat seekor ulat bulu yang besar memandangnya
tanpa berkedip.Secara tiba-tiba,angin menderu kencang.Selepas angin berhenti
bertuip, ulat besar yang dilihatnya tadi telah bertukar menjadi kecil sepertu
ulat biasa.Kebingungannya terhenti apabila Fikri dan Malcom mengejutkannya.
SINOPSIS BAB 7
PENEMUAN BAHARU
Zahar begitu asyik dengan kajiannya di
makmal.Spesies Monarch yang ditemukannya di Pulau Pisang tempoh hari telah
dijadikan bahan kajian.Ulat tersebut kelihatan lemah dan sakit.Selepas
seminggu,dia kembali ke makmal tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena.Zahar
berasa kagum kerana gabungan spesies Pus Pus dan Monarch telah menghasilkan
ulat bulu yang sangat cantik.Spesies baharu itu dinamakan Morgan.
Kilauan badan Morgan menyebabkan mata Zahar
berasa pedih.Dia memakai cermin mata untuk mengamati kecantikan Morgan.Dia
berpendapat jika dia tidak pergi ke Pulau Pisang pasti spesies Pus Pus akan lenyap.Namun,peristiwa
pelik tempoh hari yang berlaku di Pulau Pisang itu masih menghantui
fikirannya.Kemudian, Zahar teringat kata-kata Malcom dan Fikri, bahawa dia
terlalau obses dengan ulat bulu.Tentang kejadian aneh itu pula Fikri
beranggapan bahawa Zahar hanya terlelap buat seketika.Namun, perkara yang lebih
penting baginya adalah dia telah berjaya menyelamatkan spesies Pus Pus.
SINOPSIS BAB 8
SERANGAN WAKTU MALAM
Selepas sebulan berlalu, Kampung Maju Jaya
dikejutkan dengan serangan ulat bulu yang digelar mereka sebagai serangan ulat
bulu puaka.Keadaan ini menimbulkan suasana panik dan takut dalam kalangan
penduduk.Mereka diserang penyakit kegatalan kulit,akibatnya ada penduduk kampung
yang berjumpa bomoh kerana bimbang terkena penyakit buatan orang.Ada yang
memberikan petua agar melumurkan badan dengan tepung dan campuran air kunyit
dan kapur.Akhirnya, masing-masing ke klinik untuk mendapatkan rawatan.Namun,
ubat yang diberikan tidak berkesan kerana hanya mampu menghilangkan kegatalan
buat seketika.Zahar berasa gelisah dan curiga.Dia bimbang serangan ini berpunca
daripada spesies baharunya itu.
Tiba-tiba, Zahar terkejut apabila mendapati
bahawa Morgan tiada di tempatnya.Selepas subuh,dia kembali ke makmal dan
mendapati Morgan sudah mengalami perubahan ciri fizikal iaitu tumbuh sayap
kecil pada kiri dan kanan abdomennya.Keadaan menjadi genting apabila Ripin
bersam-sama dengan beberapa orang kampung datang ke rumah Zahar.Mereka menuduh
Zahar sebagai punca kejadian ini.Namun, Qistina berjanji memanggil pihak
Jabatan Kesihatan untuk menyiasat perkara yang berlaku.Sebagai ketua kampung,Pak
Naib dengan tegas memerintahkan Ripin dan orang kampungnya pulang sehingga
siasatan selesai dijalankan.
Dua
hari selepas kejadian, Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor,pegawai kesihatan,pegawai
polis,dan Unit Forensik menyiasat makmal Zahar.Namun tiada apa-apa yang
ditemukan untuk dikaitkan dengan serangan ulat bulu itu.Kumpulan penyiasat
mengambil sampel ulat bulu yang menyerang penduduk untuk diuji di makmal
kesihatan.Serangan ulat bulu semakin serius apabila asap kilang sawit
menambahkan pencemaran.
Petang itu, Zahar pergi ke balai raya untuk disoal
siasat.Zahar didakwa membela ulat tanpa permit.Zahar gagal memastikan ulat bulunya tidak
membahayakan kesihatan penduduk.Selain itu, ulat bulu yang menyerang kampung
ada kaitan dengan ulat bulu di makmalnya.Zahar menafikan tuduhan itu.Dia
memberitahu banyak faktor yang menyebabkan serangan ini terjadi.Antaranya
termaksuklah pencemaran habuk dan asap kilang sawit.Pak Rahmat bersetuju dengan
pendapat Zahar.Salah seorang daripada mereka mencadangkan agar penduduk kampung
melakukan solat hajat untuk menyelesaikan musibah ini.Ripin tidak berpuas hati
lalu meninggalkan majlis tersebut.
SINOPSIS BAB 9
TERCETUS PERSELISIHAN
Di warung Pak Mail,Manaf,Jusuh,Ahmad,Usop,
dan Ripin berbincang berkenaan serangan ulat bulu yang melanda kampung mereka.Mereka
cuba menyalahkan Zahar atas kejadian yang berlaku di kampung tersebut.Pak Mail
susah hati walaupun jualannya laris tetapi ramai pelanggan yang berhutang.
Perbualan mereka terhenti apabila Zahar dan
ibunya tiba di warung itu dengan kereta.Ripin meluru keluar dan cuba
mencetuskan pertelingkahan.Qistina cuba meleraikan situasi tegang tersebut.Pak
Mail menegur perbuatan Ripin yang bersikap kurang ajar terhadap Cikgu
Qistina.Ego Zahar tercabar apabila Ripin mengaitkan tindakan ibunya membela
dirinya dengan kejadian ayahnya meninggalkan keluarganya.Ripin telah
mengeluarkan pisau lipatnya lalu melibas bahu Zahar.Tindakannya itu menyebabkan
Zahar rebah ke tanah.Ripin melarikan diri kerana panik.Pak Mail dan orang-orang
kampung mengangkat Zahar ke dalam warung.Mereka bersama-sama membawa Zahar ke
hospital dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Qistina.
SINOPSIS BAB 10
MERISIK KHABAR
Mawar bergegas pulang apabila mengetahui
bahawa Zahar telah dimasukkan ke hospital kerana bergaduh dengan Ripin.Sudah
beberapa hari dia tidak melihat Zahar.Pertemuan mereka mengubati kerinduan
masing-masing.Zahar memberitahu Mawar bahawa orang-orang kampung menuduhnya
sebagai punca serangan ulat bulu.
Zahar memberitahu Mawar tentang sesuatu yang
pelik berlaku apabila Morgan selalu hilang pada sebelah malam.Mawar seperti
terkejut apabila Zahar memberitahunya bahawa Morgan boleh terbang.Zahar
mengesyaki Morgan yang hilang pada waktu malam mempunyai kaitan dengan serangan
ulat bulu di kampungnya.
Zahar memeberitahu Mawar bahawa rama-rama
boleh bertelur dengan purata 200 biji, serta mempunyai selera makan yang
besar.Jika ada beribu-ribu rama-rama, maka sudah pasti banyak ulat bulu yang
terhasil.Zahar berjanji akan membuat eksperimen untuk mengenal pasti serangan
ulat bulu di kampungnya.
SINOPSIS BAB 11
MISTERI TERJAWAB
Zahar membuat kajian mendalam berkenaan ulat
bulu melalui internet dan buku.Dia cuba mencari fakta-fakta yang lengkap
berkaitan masalah yang dihadapinya.Hasil daripada kajiannya, dia mendapati
serangan ulat bulu di kampungnya mempunyai kaitan dengan pencemaran seperti
habuk dan debu di udara berdasarkan peristiwa yang pernah berlaku sewaktu
revolusi industri dahulu.
Pada waktu malam, Zahar pergi ke makmal dan
mengintai tingkah laku Morgan di sarangnya.Dia melihat cahaya kebiru-biruan
keluar dari sarang Morgan.Dia melihat Morgan terapung-apung di udara.Hasil
daripada jejakannya, Zahar mendapati bahawa Morgan telah merangsang ulat-ulat
bulu berintik hitam keluar dan melekat di tempat yang berdebu,berjelaga dan
tercemar.Zahar tidak menyangka minatnya kini telah menimbulkan bahaya kepada
orang lain.
Mawar menganggap kejadian yang diceritakan
oleh Zahar itu seperti dalam filem sains fiksyen.Pada malam itu, Zahar telah
mengekori Morgan.Sayup-sayup kendengaran suara pekikan,jeritan dan tangisan
dari rumah-rumah berdekatan.Dia berasa kasihan apabila melihat anak-anak kecil
dan bayi menangis kerana serangan ulat bulu.Sauasana hingar-bingar itu telah
menimbulkan rasa simpati Zahar.Masalah lain pula timbul apabila penggunaan
racun serangga yang berlebihan menyerang salur
pernafasan,paru-paru,jantung,hati,system pernafasan,system saraf otot dan organ
dalaman yang lain.
Kekecohan yang melanda Kampung Maju Jaya
telah sampai ke pengetahuan Ahli Dewan Undangan Negeri Johor,Dato’ Omaruddin
Atan.Beliau telah meminta Majlis Perbandaran Daerah Pontian menyiasat dan
menghapuskan serangan ulat bulu tersebut.Kisah di kampung tersebut akhirnya
disiarkan dalam akhbar dan menimbulkan ketakutan dalam kalangan pembaca.
SINOPSIS BAB 12
MANGSA BAHARU
Subuh itu, Pak Alias mendengar kambing
peliharaanya tidak henti-henti mengembek.Selepas solat dan berwirid, dia
mengejutkan isterinya, Mak Cik Habibah yang masih tidur.Dia cuba mengejutkan
cucunya,Raziq yang sedang tidur.Malam tadi, dia ada bercerita kepada cucunya
tentang kisah asal usul ular sawa yang kehilangan bisanya.Selepas menunaikan
solat, Pak Alias terus ke kandang kambingnya, dan alangkah terkejutnya apabila
dia mendapati anak-anak kambingnya bergelimpangan mati akibat disearang ulat
bulu.
Pada pagi itu,warung Pak mail menjadi kecoh
dengan kejadian yang menimpa anak-anak kambing Pak Alias.Leman, Pak Usop dan
Kadir turut dihimpit kebimbangan keran khuatir lembu, ayam, dan itik mereka
pula akan menjadi mangsa serangan ulat bulu.
SINOPSIS BAB 13
DEMAM PERASAAN
Seperti kebiasaannya Qistina melangkah ke
kelas 5 Gigih tepat pada pukul 7:30 pagi setiap hari Isnin.Dia mengarahkan
anak-anak muridnya menghantar buku latihan.Umar seorang daripada anak muridnya
tidak menyiapkan kerja rumah dengan alasan kambingnya beranak telah menyebabkan
kelas 5 Gigih riuh rendah dengan bunyi ketawa.Qistina pernah pergi ke rumah
Umar dan mendapat tahu bahawa adik Umar, iaitu Hakim membantu Umar menyiapkan
kerja latihan karangannya.Umar pula sibuk menyabit rumput untuk
kambing-kambingnya.
Pada suatu malam sewaktu Qistina menghantar
Umar pulang ke rumah dari kem Perkampungan Ilmu SPM,dia terkejut apabila
mendapat tahu bahawa kambing Umar mati digigit ulat bulu sementara ayahnya pula
dimasukkan ke hospital akibat sesak nafas angkara ulat bulu.Qistina menjadi
bingung memikirkan perkembangan terbaharu berkaitan dengan serangan ulat bulu
di kampungnya.Dia amat berharap agar anaknya, Zahar dapat mencari penawar
dengan segera.Secara diam-diam,dia terfikir untuk meninggalkan kampungnya demi
keselamatan anak dan dirinya.